Bayan Hidayat
Hazratji Maulana Saad DB
1 Julai 2025
https://www.facebook.com/watch/?v=3135671403274688
Tuan2 yg mulia,
Setiap orang berusaha akan tetapi bukan setiap usaha akan berjaya dalam usahanya. Dalam urusan dunia pun, kalau tak buat dengan cara yg betul, tak akan berjaya. Apatah lagi dalam usaha untuk dapat Hidayat daripada Allah s.w.t. Ianya ada cara yg khusus. Bila cara untuk dapatkan Hidayat di jalankan dengan cara yang ditentukan oleh Allah Swt barulah usaha itu akan berjaya dan menghasilkan natijah Hidayat daripada Allah. Akan tetapi kalau usaha untuk dapatkan Hidayat tak di jalankan dgn cara yg dikehendaki oleh Allah, maka usaha itu tak akan menghasilkan natijah Hidayat.
Perkara dunia yg tak ada janji Allah pun kena ada cara yg betul untuk hasilkan natijah, inikan pula perkara Hidayat yg pasti ada janji Allah. Kita kena faham, apa cara yg dikehendaki? Iaitu cara yg dibuat oleh Nabi Saw dan Para Sahabat. Usaha Dakwah perlu dibuat dengan cara Nabi dan sahabat. Barulah akan hasilkan Hidayat. Cara Nabi dan Sahabat ialah dgn Dakwah illallah. Menyeru manusia kepada Allah Swt, Ini adalah usaha yg telah ditetapkan oleh Allah.
Bila umat bangun buat usaha Dakwah sebagaimana yg dilakukan oleh Sahabat barulah Allah akan bagi Hidayat. Kalau umat buat usaha dengan cara yg lain, Hidayat tak akan datang.
Hazrat Imam malik rah. kata, umat akhir ini tidak mungkin dpt di islahkan kecuali bila bangun buat usaha yg sama sebagaimana yg di Jalankan oleh para sahabat. Dalam bayan² kita kena cerita tentang Usaha yg dibuat oleh Para sahabat. Dalam majmak orang² lama perlu di ceritakan tentang kisah Para Sahabat, bagaimana mereka buat Usaha Agama. Dengan perantaraan usaha yg mereka buat, telah menjadi asbab Allah ubah hati2 manusia dan dapat Hidayat. Kalau buat Usaha ikut pengalaman masing² bukan berdasarkan sirah, bukan berdasarkan kehidupan Para Sahabat, maka akan berlaku perpecahan dalam umat kerana masing² punya pengalaman berbeza². setiap org ada kefahaman yg berbeza².
Bila kita bawa umat kepada cara Nabi Saw dan Para sahabat, barulah umat akan bersatu dalam menjalankan kerja Dakwah.
Perkara pertama dalam usaha Nabi dan Sahabat ialah usaha untuk ubah keyakinan. Ubah keyakinan dari benda² kepada Allah Swt. Apakah cara usaha yg telah di jalankan oleh Nabi untuk ubah yakin sahabat? Usaha yg di buat ialah keluarkan diri mereka dari suasana² kebendaan yg merosakkan keyakinan, yg melalaikan manusia dan bawa mereka ke suasana masjid, suasana kebesaran Allah, suasana amal. Bercakap tentang sifat² dan kudrat Allah, tentang janji² Allah. Untuk hidupkan suasana ini di masjid mereka, Para sahabat telah buat gash, bergerak dari rumah ke rumah, bergerak jumpa umat dan bawa kepada suasana amal dalam masjid. Cakap perkara menafikan kebendaan dan isbatkan Allah. Inilah cara Sahabat. Cara yg sama kita kena buat untuk betulkan yakin kita.
Untuk keluarkan dari hati kita keyakinan kepada kebendaan dan tanam dalam hati kita keyakinan hanya pada Allah, pada janji² Allah dan kehidupan akhirat.
Untuk wujudkan 6 sifat dalam kehidupan kita maka kita kena buat usaha sebagaimana sahabat telah buat usaha. Bukan hanya dengan muzakarah dan bercakap tentang 6 sifat. Kita kena tengok macam mana sahabat buat untuk masukkan 6 sifat ini ke dalam diri mereka.
Sahabat buat gash. Mereka ajak satu sama lain. Mari kita duduk beriman seketika . Saidina Umar pegang tangan sahabat ajak mereka duduk dalam masjid, cakap tentang kebesaran Allah dan dia kata aku lakukan ini supaya Allah timbulkan kesempurnaan Iman dalam diri ku.
Hazrat Imam bukhari rah. telah tulis satu bab yg khusus dan telah cerita tentang Hazrat Muaz bin jabal yg telah hidupkan Majlis Iman dalam masjid. Para Sahabat telah jadikan Masjid sebagai pusat untuk bina Iman, untuk memperkuatkan Iman kepada Allah. mereka ajak dan sediakan satu sama lain untuk dtg ke masjid dan cakap tentang kebesaran Allah untuk menguatkan keimanan mereka pada Allah dan kuatkan keyakinan mereka pada janji² Allah.
Tidak ada tempat yg paling baik untuk lembutkan hati manusia dan bina Iman melainkan hanya di masjid.Dalam Hadis Qudsi, bila satu orang datang berjalan ke arahKu, maka Aku akan berlari ke arahnya. Rahmat Allah akan lebih cepat datang. Inilah cara yg diamalkan oleh Nabi Saw. Bani Tsaqif yg datang jumpa Nabi, mereka sedia terima Islam tapi tak sedia amalkan kefarduan dalam Islam. Nabi Saw telah perintahkan Sahabat supaya letakkan mereka dalam mouhul (suasana) Masjid. Bila duduk dalam suasana Masjid, Allah lembutkan hati mereka.
Satu org tawanan perang, telah diletakkan dalam masjid, selepas 3 hari, dia telah menerima Islam. Begitu juga dgn Hazrat Tufail Ad-dausi, bila dia datang ke Mekah, orang telah takutkan dia dgn Nabi Saw, sehingga dia buat keputusan tak nak dengar percakapan nabi dan telah sumbat telinga dengan kapas. Tapi bila dia melangkah masuk Masjid, Allah telah ubah hati dia, dia buang kapas dalam telinga , maka Allah lembutkan hati dia dan terima islam. Dia seorang telah jadi asbab Hidayat 80 keluarga dalam kabilah dia. Inilah Usaha yg kita perlu Jalankan.
Untuk faham tertib Dakwah ini, baca kitab Hayatus Sahabah dan tengok kehidupan sahabat. Setiap juzuk dalam Usaha dakwah ini perlu dibawa cara Nabi dan Para Sahabat.kita buat usaha dengan Sunnah dan Sirah, Barulah ia akan jadi asbab Hidayat untuk diri dan Umat.
Tujuan gash ialah untuk bawa orang ke Masjid. Hari ni, orang yg buat gash pun Tak ada keinginan untuk bawa orang ke masjid. Sebelum mula gash,Kena Doa pada Allah, Ya Allah, aku nak pergi jumpa hambaMu untuk bawa mereka ke rumahMu, Ya Allah.Bantulah Ya Allah.
kita bawa dia ke masjid dan Dakwah dia dalam Masjid walaupun 10 minit. Hazratji Maulana ilyas kata, Dakwah bukan semata-mata menyampaikan perkataan, tapi agar supaya perkataan tersebut masuk dalam hati. Tidak ada tempat yg paling baik melainkan di Masjid. Masjid adalah tempat paling baik untuk hati manusia terkesan dgn perkataan² Allah. 10 minit cakap di Masjid lebih baik dari cakap berjam² di dalam rumah dia. Di rumah Allah, Allah akan lembutkan hati² manusia dan terkesan dgn Dakwah.
Tujuan sebenar kita buat gash ialah untuk keluarkan manusia dari suasana kebendaan, suasana yg merosakkan Iman, suasana yg melemahkan iman dan bawa mereka ke suasana Iman dan amal dalam masjid dan cakap tentang kebesaran Allah supaya keyakinan pada makhluk terkeluar dari hati kita dan datang pada keyakinan pada Allah.
Hazratji Maulana Yusuf kata, perumpamaan satu orang yg datang ke masjid, malaikat akan datang mengerumuni dia, dia akan berada di bawah sayap² para malaikat, malaikat akan bertindan² sehingga ke langit. Seperti telur yg berada di bawah kepak ibu ayam. Maka telur akan jadi baik tapi kalau telur tak duduk di bawah ibu ayam, telur akan rosak. Bila busuk. Ia akan sebarkan bau busuk ke seluruh rumah. Begitu juga, majoriti umat yg tidak ada hubungan dgn masjid/rumah Allah, maka tak ada hubungan dgn Allah. mereka jadi rosak. Kerosakan satu umat cukup untuk rosakkan satu kampung. Bila org2 beriman berada di bawah sayap² para malaikat, maka lebih pasti lagi cahaya hidayat akan masuk dalam diri dia. Dia akan di islah dan ditarbiyah.
Kita kena faham apa itu Dakwah. Dakwah ialah menyediakan hamba² Allah, membawa mereka kepada faraid iaitu kefarduan² Islam. Kefarduan yg Pertama ialah Iman. Kefarduan kedua yg penting dalam Islam ialah solat. Dalam sirah Nabi ,kita dapat lihat bagaimana Nabi bawa org kepada solat. Kita tak akan jumpa dalam sirah bahawa Nabi & sahabat Hanya memberi takrir atau bayan/ceramah untuk bawa umat datang solat. Bahkan kita hanya dpt lihat Nabi dan sahabat buat usaha jumpa umat untuk bawa mereka kepada solat. Bukan secara paksa tapi sediakan mereka, cakap tentang kelebihan solat, bawa dia secara amali datang kepada solat.
Sebelum disyariatkan azan, sahabat² pergi jumpa org sebelum waktu solat. Ajak mereka datang tunaikan solat berjemaah di masjid. Kerana kesusahan yg mereka tanggung setiap kali nak solat kena cari orang, maka Nabi Saw buat mesyuarat dgn sahabat, apa nak buat untuk mudahkan panggil org untuk solat. Sahabat bagi macam² syor, pukul gendang, Nyalakan api, bunyi loceng, cara² yahudi, nasrani dan majusi. Sehinggalah Allah datangkan dalam mimpi satu org sahabat tentang azan, maka azan telah mula disyariatkan. Azan adalah Dakwah yg sempurna.
Kita kena sediakan org untuk datang solat sehingga org² tak solat pun datang solat bahkan orang bukan Islam pun datang solat kesan dari Dakwah tadi. Hazrat Wasilah bin asqa’ datang ke masjid untuk solat dgn Para sahabat sebelum dia masuk Islam lagi.
Nabi Saw telah ajar sahabat tentang solat di masjid. Solat adalah perintah Allah yg penting yg mana umat kena belajar. Kesempurnaan dalam solat akan datangkan kesempurnaan dalam Agama. Org yg rosakkan solat akan rosakkan Agama. Org yg tinggalkan solat akan runtuhkan Agama.seolah-olah Dia tak ada hubungan lagi dgn Islam.
4 usaha perlu dibuat untuk datangkan kesempurnaan dlm solat:
Pertama, kena ada ilmu tentang solat. Kita kena latih tunaikan solat kita 100% ikut ilmu yg kita belajar dgn alim ulama. Masail dalam solat. Amalan yg dibuat dgn ikhlas tapi tanpa ilmu maka amalan itu akan ditolak.
Oleh itu, Iman dan ilmu, 2 perkara yg sangat penting. Iman dan ilmu kena ada dlm setiap amal yg kita buat.
Kedua, kita solat dgn meyakini akan janji² Allah. segala fadilat/kelebihan yg Allah telah janjikan, kena hadirkan dalam hati. Buat dgn penuh harapan dan keyakinan dgn janji² tersebut.
Ketiga, kita kena tangguhkan hajat² kita ke arah Solat. Hari ni kita menangguhkan hajat/keperluan kerana asbab. Asbab² yg halal pun tak diyakini/tidak pasti. Apatah lagi asbab² yg haram. Hazrat Ibnu masud kata, kamu kena tangguhkan keperluan kamu atas solat, contohnya kita ada hajat sebelum zohor, kita tangguhkan hajat kita dan solat zohor dulu dan minta Allah selesaikan hajat tersebut. Bukan bermaksud kita meninggalkan asbab. Meninggalkan asbab satu kejahilan. Tidak ada rahbaniyah dalam Islam. Meninggalkan asbab bukan cara sahabat.
Mengurangkan kesibukan dgn asbab, mengurangkan masa dgn keluarga/kerja, inilah cara usaha Dakwah yg di Jalankan oleh sahabat.mengurangkan bukan meninggalkan. Inilah mujahadah. Dalam islam tak ada rahbaniyah. Dalam Islam ada mujahadah. Satu orang yg tak ada isteri, tak ada anak, tak ada pekerjaan seperti Rahib, tak ada mujahadah. Janji hidayat bukan dalam rahbaniyah. Janji hidayat dari Allah dalam mujahadah.
Bila ada tanggungjawab tapi dia usaha lapangkan masa untuk keluar di jln Allah, di sebalik mujahadah tersebut, Allah bagi hidayat. Mendahulukan asbab atas amal bukan cara Nabi dan sahabat. Meninggalkan terus asbab pun bukan cara Nabi dan sahabat. Ini jalan menuju kegagalan.
Cara nabi dan sahabat ialah mendahulukan Amal atas asbab. Bila kita ada hajat, mula2 kita pergi kepada amal dulu. Org beriman buat amal dan kemudian asbab, Allah akan bagi salah satu dari 2 keadaan. Pertama, Allah sempurnakan hajat tanpa asbab.
Kedua, lepas buat asbab Allah sempurnakan hajat. Dua2 cara ada dalam kehidupan sahabat. Dalam kedua-dua cara, Allah sempurnakan sebab amal, bukan sebab asbab. Allah nak uji samada kita yakin Allah sempurnakan hajat melalui amal atau asbab. Kalau semua benda Allah bagi tanpa asbab maka tidak ada ujian atas keimanan manusia. Yg sempurnakan hajat kita ialah Allah bukan asbab.
Ketiga, tangguhkan hajat kita kepada amal. Apa sahaja masalah yg kita hadapi kena bawa kepada solat dan minta dgn Allah.
Keempat, usaha untuk solat dgn penuh tumpuan pd Allah.khusyuk. solat adalah tempat untuk kita ingat pd Allah. kalau dalam solat pun tak ingat pd Allah, apatah lagi dalam perkara2 yg lain. Tapi hari ni, kita buat usaha Dakwah kita rosakkan solat kita. Kerana kononnya sibuk dgn mesyuarat, kita tak sempurnakan solat kita. Di Sebab ada bayan contohnya , maka kita cepat2kan solat kita.tak sepatutnya kita buat dakwah tapi solat yg merupakan kepada pada badan ,kita tak buat dgn sempurna.
Org yg tak tunaikan solat awwabin lepas maghrib sebab cepat² nak dengar bayan, org macam ni tak menghimpunkan antara Dakwah dan Ibadat. Hidayat akan datang bila ada Dakwah dan ibadat.
Dua² perkara ini kita tak boleh kurangkan antara satu sama lain. dua² kena dilaksanakan dgn sempurna. Jangan alasan Kerana nak buat gash, kita cepat2 solat. Padahal tujuan gash adalah untuk datangkan kesempurnaan dalam solat.
Jangan sampai Bila ada takaza solat jadi tak khusyuk sebab ingat pada takaza tadi. Sedangkan Maksud kita buat usaha Dakwah adalah untuk datangkan kesempurnaan dalamm Ibadat.
Kisah Hazrat Huzaifah tegur org yg tak sempurna solat. Org yg dah 40 tahun solat. Tak sempurnakan rukuk dan iktidal, tak luruskan tulang belakang, kalau kamu mati dlm keadaan ini, kamu tak akan dibangkitkan atas Agama Muhammad Saw katanya.
Maksud daripada kita buat halaqah Taklim fadhail adalah untuk memperbaharui dalam hati kita terhadap keyakinan pada Janji² Allah dan untuk mengeluarkan daripada hati kita keyakinan kepada asbab dan kebendaan. Oleh itu, kita kena buat halqah taklim 2 kali setiap hari. Satu di masjid, satu di rumah.
Pagi² sebelum kita pergi kepada asbab kita kena duduk dalam majlis Taklim, dengar tentang janji² Allah dan janji² Nabi Saw. untuk kita menyegarkan kembali keyakinan terhadap janji² Allah dan membersihkan dari hati kita keyakinan kepada kebendaan. Dalam asbab tak ada janji Allah. Janji Allah hanya dalam Amal.
Balik daripada kerja sekali lagi kita kena duduk taklim di rumah untuk bina yakin kita bahawa segala janji Allah hanya dalam amal. Supaya natijah yg kita dapat dari pekerjaan kita sepanjang hari kita dapat nafikan , rezki bukan datang dari asbab yg kita usahakan tapi datang dari Allah. setiap hari kena dengar janji² Allah.sebab itu pentingnya taklim.
Di zaman Nabi Saw, org beriman dan org munafik dengar janji² Allah. tapi org munafik tak membenarkan. Mereka kata ini semua tipudaya. Org beriman kata benarlah apa yg dikatakan oleh Allah dan telah bertambah keimanan mereka pada Allah. Taklim bukan hanya sekadar dengar. Kita dengar dan menyakini, membenarkan dan mempercayai atas janji Allah dan Rasul. Ini yg akan menyebabkan Allah sempurnakan apa yg telah dijanjikan. Taklim bukan semata-mata untuk org tak buat amal supaya datang keinginan untuk beramal.
Hari ini kita salah faham. Sebab tu ramai org lama tak duduk taklim. Kita anggap taklim untuk org baru. Semua org kena duduk dan setiap hari kena dengar.
Semasa keluar di Jalan Allah, buat halqah tajwid. Taklim diwaktu pagi baca kitab muntakhab hadith dan semasa muzakarah 6 sifat kita cakap balik hadis² yg kita dengar tadi. Ini 3 bahagian Taklim kita buat diwaktu pagi sewaktu kita keluar.
Di rumah, kita hidupkan 5 amal rumah untuk wujudkan isti'dat kesediaan untuk amalkan Agama dikalangan ahli rumah kita.
Pertama, kita buat halqah quran. 5 amal rumah ni bukan syor sesiapa tapi ia adalah amalan di dalam rumah Para Sahabat. Hazrat Umar r.hu telah dapat Hidayat kerana halqah Quran yg dibuat oleh adik perempuan di rumah. Ini juga perintah Allah untuk menceritakan kebesaran Allah di rumah² untuk membersihkan kamu dari dosa². setiap hari kena ada halqah belajar dan mengajar quran di rumah. Baca hadis² di dalam rumah untuk menyegarkan keyakinan pada janji² Allah.
muzakarah 6 sifat sahabat dan tashkil. Sebagaimana Nabi sendiri telah tashkil ummu haram. Nabi Saa mimpi jemaah yg menaiki bahtera. Dia suruh Nabi doakan supaya dia bersama dlm jemaah tersebut. Nabi telah doakan. Kali kedua Nabi mimpi, dia minta untuk bersama dgn jemaah kedua tapi nabi kata kamu dalam jemaah pertama. Dia bersemangat untuk keluar di Jalan Allah. Dia telah syahid di Cyprus.
Penting kita sediakan satu sama lain dikalangan ahli keluarga kita untuk keluar di Jalan Allah. semua amalan kita buat dgn mesyuarat dan bahagi² amal. Agar semua ahli keluarga ada isti'dat untuk baca taklim, buat muzakarah, baca Quran. kita latih di rumah. Supaya timbul suasana dalam rumah kita dan timbul kekuatan dan kemampuan untuk amalkan keseluruhan Agama dalam kehidupan.
Kita juga kena sediakan masturat kita keluar di jalan Allah. Maksud jemaah masturat supaya di rumah yg ada jemaah selama 2 atau 3 hari, yg sentiasa sibuk dalam amal, hidup amal masjid dalam rumah tersebut. supaya timbul kekuatan dalam diri ahli rumah tersebut untuk amal Agama.
Di masjid, bukan hanya Taklim fadhail. Usaha dakwah bukan hanya untuk hidupkan taklim fadhail sahaja. Taklim masail, juga sangat penting. Di masjid Nabi bukan hanya ada taklim fadhail.
Hazrat Abu hurairah telah keluar ajak org datang ke masjid. Di masjid Nabi ada halqah Quran, ada halqah fiqah halal dan haram. Semua ada di masjid Nabi, dari sekecil² pekara nak belajar mengucap hingga masalah² rumit berkenaan hukum hakam Agama. Selagi mana amal2 ini ada dalam masjid maka kita akan berada dalam kebaikan. Mufti² dan ulamak² bagi masa di masjid, duduk di masjid, org ramai boleh datang bila² masa ke masjid untuk tanya masail dan belajar Agama. Inilah maksud usaha Dakwah untuk hubungkan awam dan ulamak.
Setiap langkah kena rujuk dan bertanya alim ulamak. Ziarah ulamak adalah satu ibadat. Ulama kena wakafkan ilmu mereka pada org awam. Ini amanah untuk umat. Ilmu perlu disampaikan pd mereka. Ini hak umat.
Dalam Taklim juga kena baca kitab fadhail amal. Keterangan² yg ditulis oleh maulana Zakaria adalah sangat2 penting kita baca. Ia adalah khulasah ilmu seorang muhaddis yg sangat besar. Bukan sahaja tulis berkaitan amal tapi juga beliau menulis tahap Amal para sahabat.Bagaimana solat mereka, bagaimana zikir dan tilawah mereka, bagaimana kehidupan mereka. Kita dapat bandingkan tahap amal kita dgn tahap amal Para sahabat. Maka akan datang dalam hati kita, fikir, risau, rasa kekurangan dalam amal kita. Yg perlu kita jadikan ikutan ialah para sahabat. Itulah takat ukur amal yg perlu kita capai.
Org yg berusaha untuk ikut sahabat maka dia akan maju dalam amal. Kalau kita jadikan orang zaman kita sebagai ikutan, maka kita akan mundur. Oleh itu sangat penting kita baca hadis dan keterangan yg ditulis oleh sheikhul hadis Maulana zakariya dan kita buat penilaian macam mana jauhnya kita dgn amal Para sahabat sehingga timbul dalam hati kita kerisauan dan berusaha utk hampirkan amal kita dgn sahabat.
Kita juga kena bina hubungan kita dgn Allah dengan kita ambil berat amal² infradi, zikir. Zikir paling utama ialah Tilawah quran. 2 amalan iaitu qiamullail iaitu munajat amal beribadat pada waktu malam dan Baca Quran setiap hari, amalan yg sangat penting. Sebagai Daie, 2 amalan ini kena ihtimam semasa keluar di jalan Allah untuk dapat pertolongan dan bantuan Allah. hari ni, kita yg buat usaha Agama kita lalai. Kita sangat lemah dalam kedua-dua amalan ini. Kita hanya beralasan sibuk amalan² Dakwah di siang hari, ini tidak cukup, kita kena ada hubungan yg kuat dgn Allah kerana daie adalah penghubung antara umat dan Allah.
Org yg nak hubungkan org lain dgn Allah mestilah ada hubungan yg lebih kuat dari org yg diajak.Barulah boleh jadi perantara untuk dekatkan org yg jauh dari Allah dekat kpd Allah.
kita kena bangun malam beribadat pd Allah.Para Sahabat telah diwajibkan atas mereka selama setahun untuk bangun tahajud. Bila mereka dah biasa, maka kefarduan itu telah dimansuhkan. Sebagai Daie , Kita kena lazimkan diri kita utk beribadat setiap malam.
Sebagai daie Kita kena baca Quran setiap hari dgn penuh ihtimam. Jangan ada satu hari pun terlepas dari membaca Quran. Sewaktu keluar jalan Allah, sebagai Daie kita juga kena meninggalkan perkara yg sia². apa maksud perkara yg sia²? Perkara yg tak ada hubungkait dgn kita. Yg tak sesuai dgn tahap kita. Perkara yg sia² akan rosakkan khuruj kita.
Satu org yg telah syahid di Jalan Allah, dia berperang dgn Nabi Saw, dalam perang uhud, bila ibu dia menyapu pasir di wajahnya dan berkata berita gembira wahai anakku, bahawa kamu adalah ahli syurga. Nabi tegur, macam mana kamu tahu bahawa anak kamu ahli syurga, mungkin semasa dia keluar dia telah cakap perkara yg sia². hari ni, bukan sahaja perkara sia², perkara yg haram pun kita buat semasa khuruj, kita mengumpat, fitnah,berbual kosong, benda² tak berfaedah, bahkan bercakap tentang asbab yg halal semasa khurujpun termasuk perkara yg sia² kerana Maksud kita keluar di Jalan Allah adalah untuk tinggalkan semua tu. Tinggalkan keluarga, pertanian, perniagaan untuk beri tumpuan pada Dakwah tapi masa keluar masih bincang perkara² tersebut. Ini termasuk perkara yg sia². sibukkan diri kita dgn amal. Sibukkan diri kita dgn Dakwah, Taklim ,ibadat dan khidmat. Kita kena sibukkan 24 jam dgn 4 perkara ini.
Hazrat Umar r.hu kata, kalau tak ada 3 perkara ini aku tak ada keinginan untuk hidup di atas nukabumi ini:
1)bergerak di jln Allah - Dakwah
2)sujud yg panjang² - Ibadat
3)duduk dgn Ulama yg hak dan ambil faedah dari Majlis ilmu mereka - Taklim
Bukan sahaja semasa keluar, tapi saidina umar telah sibukkan diri dia seluruh hidupnya dgn 3 perkara ini.
Semasa keluar di Jalan Allah hendaklah kita letakkan diri kita dlm suasana masjid. Sibukkan diri dlm amal Masjid. Pergi jumpa org, pujuk rayu, ajak dtg masjid. Bawa ke amal² masjid. Bawa ke suasana masjid. Amalan memakmurkan masjid perlu dibuat secara amali semasa keluar di Jalan Allah. sediakan setiap org Islam utk buat Amal Makmur Masjid.
Semoga Allah terima ijtimak ini. Semoga azam dan niat tuan² dan jemaah tuan², Allah dgn kudratNya sempurnakan segala-galaNya. Kita semua ada kelemahan, ada kekurangan. Dgn kita mengaku kita lemah, semoga Allah sempurnakan kekurangan dan kelemahan kita tadi. Kita minta maaf dengan Allah. istighfar pada Allah. semoga Allah ampunkan dan sempurnakan apa yg kurang. Kita mengadu pada Allah dgn penuh rasa rendah diri. Pada masa yg sama kita kena ada harapan pd Allah agar semua takaza Allah sempurnakan dgn kudratNya. Kita sediakan semua org untuk keluar di Jalan Allah dan pergi ke seluruh dunia. Dan tashkil mereka datang ke nizamuddin. Mana² negara pun, bentuk jemaah dari sana dan hantar jemaah ke nizamuddin.
Semua orang² lama yg ada disini kena tertibkan masa tuan² setiap tahun kena pergi ke nizamuddin 2 bln supaya kita dapat mendampingi orang² lama disana dan dapat lihat secara amali bagaimana segala amal dilaksanakan dan apa yg kita lihat disana kita bawa balik ke negara kita. Semua azam insyaAllah
Apa yg di sampaikan ini adalah satu amanah atas bahu tuan² yg tuan² kena sampaikan bukan sahaja pada orang dinegara tuan² bahkan ke seluruh dunia. Kemana sahaja negara tuan² pergi, tuan² sampaikan apa yg tuan² dengar di sini kepada mereka. Ini satu amanah dari Allah. Sampaikan secara amali. Tunjukkan pada umat macam mana nak buat kerja. Dalam kerja dakwah ini tak ada 2 golongan. Dalam kerja dakwah ini tak ada 2 cara. Hanya 1 golongan dan 1 cara sahaja iaitu cara sahabat. Orang² yg tak sefahaman dgn kita, kita bukan nak bergaduh, ikhtilaf bahkan dengan penuh kasih sayang kita dekatkan dia dgn kita dan fahamkan dia dengan kerja ini secara amali dengan penuh ikram. Hakikat Usaha ini adalah untuk menyatukan umat.
No comments:
Post a Comment